jalan-jalan di taman

Thursday, August 22

syria..

kalaulah boleh didakap anak-anak kecil di syria sana.. jgn takut sayang-sayang.. Allah ada.. syurga tempat kalian.. di sana lebih aman.. tak ada peluru.. tak ada kesedihan.. tak ada ketakutan.. peluk kuat-kuat.. peluk erat-erat..

the only way to comfort myself daripada kesedihan apa yang terjadi pada anak-anak kecil di syria adalah dengan ingat:
1. Allah ada..
2. Allah panggil kalian semua.. jadi kupu-kupu syurga..
3. lebih baik kalian di sana, daripada di bumi yang banyak dosa..

ya Allah, yang maha Esa.. Kau lindungilah anak-anak di syria sana.. andai takdirMu mereka Kau jemput dahulu, janganlah dibiar musuh-musuh Islam menyiksa mereka.. merayuuu pada Mu ya Allah, agar mereka anak-anak syria, bakal ahli-ahli syurga Mu ini tidak merasa tersiksa derita yang lama sebelum menutup mata.. buat selamanya..

sayang-sayang semua, jangan takut.. jangan gentar.. kita ada Allah.. kita ada Rasulullah.. senyum sayang.. senyumm sayang.. semoga kita semua berjumpa di tempat yang sama di sana.. insyaAllah.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbarrr..

Tuesday, May 7

selamatkan kita.. selamatkah kita..

lepas semua general election dah habis, masih ada baki-baki syarahan nak diperdebatkan. A tuduh B, B tuduh A.. mulalah tiba-tiba terus jadi pakar ekonomi, terus jadi pakar politik, pakar matematik, pakar seni lukis.

entah mana figures diceduk, tiba-tiba ada statistic juta itu juta ini.. cuba kalau betul fakta tersebut, mari kongsi bersama link atau sumber untuk jadi sebahagian citationnya.

boleh nak bergenang air mata bila tgk perpecahan sesama. lebih pedih hati bila tgk kita satu malaysia dah tak bersatu.. betul.. macam-macam corruption ada.. baik sebelah sini.. baik sebelah sana.. tapi kenapa ada yang sampai menokok tambah dan terlupa asas agama?

ada yang jawab, "habis, diorg mula dulu..dasar extremist.." dah tu yang kita pun nak jadi macam dia kenapa?

kalau sorang laung "takbir!!", rasa-rasa semua saudara kita akan sahut "Allahuakbar" tak? semua = semua.. tak kira apa juga fahaman politik anda. kita semua satu saudara.

kalau pasang lagu negaraku, rasa-rasa kita semua sama-sama hayati dan nyanyikan lagu negaraku tak? semua = semua.. tak kira apa juga fahaman politik anda. kita semua satu malaysia.

kalau berselisih bahu di mana-mana, rasa-rasa semua kita masih akan saling bertukar senyuman tak? semua = semua.. tak kira apa juga fahaman politik anda. kita semua satu warganegara.

kalau nak masuk 7e, masuk bank, masuk lif, rasa-rasa masih ada orang lain yang tolong tahankan pintu tak? semua = semua.. tak kira apa juga fahaman politik anda. kita semua kan keluarga.. kita semua kan sahabat..


wahai malaysia.. silalah aman sentosa. semua keluarga yang saya sayang di sini belaka..

Friday, April 26

ya! bertabah!

sakit gigi + tight schedule + almost-never-end-to-do list + breastpump patah. mmg terbaik. bertabahlah!

Thursday, April 25

invisible ink

tulis.. padam.. tulis.. padam.. tulis.. edit.. padam..

kadang-kadang, sesetengah perkara lebih melegakan bila kita dah karang panjang-panjang.. luah segala macam.. umpama bercakap dengan seseorang.. dan bila dah sampai ke noktah terakhir, kita padam semua sekali..

tarik nafas panjang-panjang.. sambil istighfar.. lepas.. tarik nafas panjang-panjang lagi.. sambil istighfar.. dan lepas..

lebih mudah terasa lega begitu..

Tuesday, April 9

pomegranate










haritu i went to bodyshop and bought this pomegranate fragrant oil..
bau dia hmmmffff.. sangat sweet.. sangat recommended.
lagi satu aku aloe & softlinen oil.. yg ni pun manis2 lembut bau dia. tenang buat kerja. RM21.90 sahaja.. orang lain bakar, aku p siram renjis-renjis dipilis atas bunga hiasan.. haaa.. kembang kuncop bau..

Sunday, April 7

sampai masa, pangkah

macam-macam sms yang aku dapat berkaitan pengundian dan yang paling sadis sekali adalah yang duk cerita buruk parti orang. yang bestnya tu semua parti duk spam sms kat aku. 

ni nok kabo sikit deh:
1. xpayah susah2 cerita itu ini. internet ada. blog ada. Facebook ada. wiki ada. berita tv pun ada bg sapa yang nak info tp tak dak internet access. siapa nak percaya siapa itu hak individu.

. kemon.. setiap msg hampa, duk asyik cerita buruk orang. cuba kempen bersih sikit. mcm budak-budak darjah 3 kenanga duk gaduh-gaduh perang mulut ni. kemonnn.. semak kau tau? semak..

. it's my phone.

. sampai masa ku pangkah jua insyaAllah. aku nak pangkah siapa, aku study buat pemerhatian sendiri. aku cari info sendiri. aku baca apa yg aku nak baca. period.

Saturday, March 30

5 tahun tadi

while waiting for my friend yang sedang gigih beratur untuk bayar roti kami, aku terdengar bualan dua strangers sebelah aku. banyak yang dibualkan. macam2 pandangan yang dikisahkan. cuma dialog yang terkesan di hati adalah yamg berikut:
stranger A: ni jalan-jalan melaka dengan mak nya saja ke?
stranger B: ha ah.. saya anak tunggal.. ayah meninggal baru 5 tahun lepas.
stranger A: oooo dah lamaa dah meninggal ya..

aku terdiam.. pejam mata. tarik nafas. rindu arwah ki. rindu arwah ilyas. rindu arwah zuber. ku sedekahkan al fatihah banyak2 pada mereka yang aku sayang..
menghadapi pemergian org yg kita sayang.. yang kita rapat.. never be that easy.. 
1 tahun terasa seolah 1 kedip mata td dia pergi..

2 tahun terasakan mcm 2 jam td dia masih ada lagi..

3 tahun dirasakan seperti baru 3 hari dia diingati..

4 tahun rasanya masih lagi kita tersilap membilang jumlah keluarga termasuk dia yang sudah pergi..

5 tahun.. dia masih datang-datang dalam mimpi..

walau bertahun-tahun dikira lagi selepas tahun ini..
pemergian dia masih kuat dirindui..

Sunday, December 16

facebook game

MyEm0.Com 
jelek betul aku dengan notifikasi palsu dari fb ni.. game invitation dari seorang pemain tegar yang juga apparently one of my buddy list dalam fb aku, tak putus-putus send request itu ini.. tak cukup game ni, dia invite game tu.. mcm2 game kau main, eh budak.. tegar benar kau..

kerja aku, duk block app request dari game-game dia jer lah.. satu hari tah berapa jam lah ngadap game fb ni.. tgk kat "about" ko, "works at" tu dah gah dah.. orang lain menimbun nak dapat peluang pekerjaan, terutama di tempat ko sekarang, ko boleh main game.. main-main betul, eh, ko ni budak..

aku nak tengok, majlis kawen dia ni bebesok, ada tak invite ke majlis perkahwinan dia sampai mcm ni sekalii..

MyEm0.Com
setelah puas hati ni geram sampai tahap banyak kali sangat aku membayangkan aku high five dahi dia, maka malam ni aku berjaya unfriend kan budak ini.. aku anggap, ini cara pintar dia untuk unfriend aku sebenarnya.. syaabas..

berita crochet


terkini, elf hat sudah berjaya disiapkan untuk both of my heroes..

yang ni masa phase tak siap lagi.. yang dah siap punya nnt later2 snap  balik gambarnya..









Dah siap yang adiknya, buat pulak untuk abangnya.. of course guna his favorite color uols..

jangan ditanya crochet pattern nya macamana.. sebab mmg main kait jer.. (wah, gah betol..)

Monday, November 12

cerita crochet

hebat tak hebat nya skill crochet aku, dah siap 2 topi aku buat.. tapi jgn ditanya pattern dia mcmana.. aku main bedal jer.. guna logik jerr.. 1 aku buat utk newborn beani bentuk elf (sbb tgk kecomelan anak member aku pakai elf hat) dan jugak 1 topi yg half elf, half kopiah.. hahaha.. yg ni size besar sikit.. so boleh ler si raafiif pakai.. hahahhaaa..

currently aku working on owl hat.. follow this one particular pattern.. http://www.repeatcrafterme.com/2012/04/crochet-owl-hat-pattern.html

baru nampak kemas sikit crochet nya.. hahahahahaa.. nanti kalau ada kesempatan, akan di snap gmbr topi2 itu dan upload di sini..

Monday, November 5

crochet

bukan main mengada hati ni al-kunun nak buat crochet utk my new baby an elf hat.. menguntum jer tangan jari jemari ni konon-konon nak mengait topi sebijik.. kalau kat trg sana mmg komprom2 dah ada alatannya, tinggal lagi mungkin kena beli yarn la kot sbb tak rasa ada lagi..

ok, sebagai permulaan, mlm ni pegi jengah daiso.. kalau tak do lengkap bahan2 nak try pegi jalan bunga raya.. sana banyak kedai2 alatan menjahit..

kalau lah dah dapat lengkap, harus besok ku bawak ke opis ngadap benda ni jerr..

Tuesday, October 23

ayat gedik remaja

memang ramai duk bertidak-puas-hati dengan penulisan budak2 remaja zaman sekarang.. alaa, yg jenis mcm nie:
"arwark dah mam kewr berlomms.. jowm mam.. sayang arwark ketat-ketat.."

.. ok, mungkin aku over2 kan sikit pengejaan bahasa diorg tapi ini kira lebih kurang lah kan..
kalau baca sure berkerut kening sampai bersilang-silang pangkah kening kiri kanan nak membacanya.. so berikut adalah antara vocab yang dapat aku grab daripada kawan-kawan muda (yang duk manggil aku KAK tu..) dan juga daripada student-student aku:

bahasa mereka bahasa jiwa bangsa
N atau NAN dengan
AQ aku
koe kau
ITTEW kita (ku ingatkn ITU)
SAPEW siapa
TAW tau
DARY dari
UN pun
LAGY lagi (ku baca "leggy")
BLER bila (ku ingatkan "BLUR")
OWUNK orang
SYUNK sayang (ku tgk keyboard, kot Y dekat dgn K..)
XD tadi (ku ingatkan smiley face..)

latest SMS dari student aku baruuuu pagi tadi (tak boleh post this kat FB, nnt dia terkecil hati pula..)
"2 un nk register gx kowt"


.. aku rasa dia mungkin nak kata "tu pun nak register jugak kot". tapi saja aku reply:
"please use proper english."


..minutes later, dia call.

student ku yang remaja itu: alaa, miss, saya tak reti cakap omputih..
aku: laa, u boleh cakap melayu kerrr.. cakap je la bahasa melayu kalau gitu..
student ku yang remaja itu: laa, tadi bahasa BM la tu..
aku: laa, bahasa melayu ke tu.. saya tak faham langsung apa awak tulis.. saya lah ni yang tak reti bahasa melayu eh..
student ku yang remaja itu: alaaa, miss ni.. perli kita pulaakk.. *gelak gedik-gedik*
aku dalam hati: gedik kau!

yang aku tak faham penggunaan perkataan sampai sekarang adalah perkataan berikut:
1. ketat-ketat
contoh penggunaan dalam ayat: "sayang awak ketat-ketat"

2. untunglah
contoh penggunaan dalam ayat: pada mana-mana bahagian ayat, mereka akan selitkan perkataan ini. aku sndiri tak reti dan tak paham mcmana..

Monday, October 22

hospital kerajaan vs hospital swasta

kejadian di GH melaka harini..


CASE 1:
situasi: aku yg sedang consult dengan doktor A.

doktor A: ini ujian kandungan gula dalam darah ni dah tak buat eh?
aku: ouh, haritu dah pass.. yg first tu tak lepas sebab day before check up tu mmg saya makan aiskrim 2 batang dlm masa 1 hari..
doktor A: tak boleh ni.. memang kena buat check up jugak ni.. kita tak tau anytime u mungkin ada kena diabetes ni..
..sambil doctor A belek2 buku merah.

doktor A: kalau u check up kat klinik biasa ni diorg ada check tak kandungan gula?
aku: setiap visit diorg check urine test.. so far semua lepas.
doktor A: tak boleh nie.. ni mana tak lengkap jadual MTT test nie?
aku: ouh, itu nurse poliklinik ayer keroh yg tulis. saya dah buat 3x test tu kat sana. yg first tie tu je sangkut.
doktor A: ini tak lengkap nie..
aku-dalam-hati: mana aku nak tauuu.. bukan aku yang tulis dalam buku tuuuu..
..tak pasal2, aku yang kena bebel.
..yess. aku anggukkan saja.


CASE 2:
situasi: aku yg sedang berbaring sambil ready utk scan kandungan.

doktor B: where's my staff nurse.. she should be here.. where's she..
..doctor B pandang monitor screen dia.
..sambil scan perut aku. 
..sambil catat measurement yang aku sendiri terkebil2 cuba pahamkan.

aku: if i may ask, itu apa yaa.. *sambil tunjuk pada screen*
doktor B: itu kaki.
aku: oo..

..suasana kembali sunyi.
..doctor B teruskan scan my belly.
..tanpa sepatah kata.

aku: if u dont mind, nanti bagitau i kalau dapat nampak sex of the baby ya..
doktor B: *sambil pandang pada screen* tak boleh cakap
aku: u mean, no talking while scanning or u tak boleh disclose jantina dia?
doktor B: arahan dari my boss tak boleh bgtau jantina bayi pada patient.
aku: kenapa ya?
doktor B: nnt patient complaint kalau kita cakap girl tapi keluar boy..
aku-dalam-hati: wattaaaa..siap kau lepas nie,,
.. elok lepas aku bangkit dari katil pembaringan. tekad aku terus tegur doktor itu..

aku: sorry ya, dekat pintu luar u tadi, ada tulis "remind me to smile", so sekarang am doing my job here. please at least put a smile pada wajah cantik anda  itu to ur patient walau u malas nak layan kami. ok.
.. terus aku keluar bilik dengan perasaan "serves u right"..


CASE C:
situasi: aku kena masuk satu bilik ni utk penuhkan info pada satu fail merah yang entah datang dari mana.

misi baju biru itu: no telefon berapa? pekerjaan apa? gaji berapa? blaablaa blaaaa..
aku-dalam-hati: bukan semua tu dah ada kat buku merah depan mata dia kaa..
misi baju biru itu: berat berapa yg plg latest tadi?
aku: 72kg.
misi baju biru itu: ouh, 72 tepat-tepat ya?
aku: ermm, saya nampak dekat weight scale tadi 71 point something.. tapi nurse tadi tulis 72kg..
misi baju biru itu: ouh, tak boleh.. saya nak yg tepat yaa.. 71 point berapa tu?
aku: saya pun tak ingat..
misi baju biru itu: ouhh, tak boleh.. tak boleh.. kena tepat nie.. kenapa tak tulis tepat ni.. tak boleh ni..
.. dia masih terus mengulang "tak boleh..tak boleh"
.. aku dah hangin nih.. apa hal semua orang harini nak salahkan aku kalau korang sendiri tak tulis yg sepatutnya..

aku: mana saya nak tauuu.. bukan saya yang tulis dalam buku niie.. nurse tadi yg tulis 72kg..
.. misi berbaju biru itu masih membebel "tak boleh.. tak boleh.." 

aku: mcm ni lah, biar saya timbang lagi sekali jelah yaa.. *sambil tunjuk weight scale belakang aku*
misi berbaju biru: hmmm, ok, naik penimbang tu dan bagitau yang tepat eh"
aku-dalam-hati: ku tepuk dahi sorg2 kat GH ni karaaaang..


Bukan issue bagi aku untuk tunggu lama berjam2 mcm jeruk ikan dalam balang hanya untuk tunggu aku discan.. cuma, yang menjadi issue pada aku adalah layanan korang pada patient-patient korang.. bila aku dah tak buat follow up dengan korang (klinik2 kerajaan), korang gedik duk telepon aku bebel2 kenapa tak follow up dengan diorg dah.

hai lah korang.. bila dah aku datang ni, korang buat layanan mcm sampah.. for what reason aku nak buang masa my 3 hours kematu bontot just nak buat check up biasa ni plus se ykali dengan package sumpah seranah korg ni..

baik aku g scan dekat klinik swasta biasa, dapat soooooooooo much many loadsa lotsa profuse info bila aku buat ultrasound scan.. gender.. berat.. see all the 4 chambers of his heart, explanation pasal tumbesaran my precious, panjang kaki, tangan, and yaddaa yaddaa yaddaaa.. aku boleh dapat all the happy & sweet moments while scanning my sweet precious baby.. ada jugak lah kiranya moment2 yg touching2 tgk baby gerak2..

memang, orang kata atas nasib. tapi nasib mcm ni lah yg buat orang bawak cerita tak best pasal korang.. hampa paham tidak the power of WORD OF MOUTH.. hechiuuu GH melaka.. GH melaka sahaja yaa.. so far..


Friday, October 5

Apek bakal berkahwin dengan Luni

Ok, all this while, bila orang cakap APEK akan umumkan tarikh perkahwinannya dengan model bernama Luni, hanya APEK SENARIO yang termampu otak aku fikirkan.

Punyalah duk berselirat otak aku fikir kenapa orang frust sangat dengan APEK (sambil membayangkan apek senario, ok) dan glemer jugak APEK  (dan masih membayangkan apek senario, ok) ni..

Rupanya, baru harini aku tau, APEK yg digembang2kan adalah apek pemain bola sepak rupanya.

Selama hayat ini, hanya 2 insan yang terlintas diminda kalau sebut APEK:
1. Apek senario
2. Apek yg pakai seluar pendek, jual surat khabar/tilam/barang lama tukar baru

Sekian.

Wednesday, September 19

Buying house - early bird vs completed with CFO



Early bird:


  • Offered with lower price
    • Harga offered kepada early bird selalunya lebih murah berbanding harga rumah untuk next phase.
  • Risk to take
    • penting untuk kita tau/ study siapa developer untuk project rumah berkenaan. mungkin boleh tengok diorg punya previous project - either pada their website atau direct you guys pergi visit their office. selalunya akan ada ruangan "show off" diorg of their previous projects.
  • Loan
    • Kena ready siap2 bayar for small amount of your housing loan (providing kalau anda buat bank loan) sebelum rumah siap.
    • Bagi yang apply gov loan, tak face masalh problem ni sebab bayaran loan rumah hanya akan dipotong bila rumah dah ready.

Rumah yang completed with CFO:
  • Price
    • Akan agak lebih tinggi. Boleh beza puluhan ribu dari harga offered pada awalnya.

  • Risk
    • Anda akan bayar rumah yang dah berkenan di hati seperti mana anda dah tengok rumah tu.
    • Means, tak ada lagi tempoh masa 2 tahun defect complaint pada pemaju.
    • Tapi apa2 pun, terpulang pada developer jugak, kalau atas budi bicara, ada yang bagi jugak peluang utk buyer complaint any defect pada rumah tu tapi tertakluk pada syarat2 yang dikenakan, contohnya, buyer hanya layak untuk complaint once.

Buying house - Built-up area vs Land area

Ini dipendekkan cerita ya.. Generally, sebuah rumah yang ada tanah ada 2 keluasan:
i) land area
ii) built-up area

Jadi, harap illustration di bawah a bit much dapat membantu.

Land area: 40' x 80' = 3200
Built-up area: keluasan A + keluasan B + keluasan C + keluasan D +  keluasan E +  keluasan F +  keluasan G


Buying house - Leasehold vs Freehold


Waktu aku dan hubby duk hunting for property baru kami, leasehold vs freehold mmg dilihat sebagai salah satu faktor kami dalam menentukan wther or not nak beli rumah tersebut. bg kami biar berbaloi bayar beribu2 setiap bulan untuk our house. biar terasa we own the property.




Leasehold vs Freehold - nilai hartanah
Mostly di Malaysia, harga hartanah untuk freehold selalunya adalah lebih tinggi berbanding leasehold.
Tapi depends juga pada kawasan. leasehold property yang terletak di kawasan yg mmg kawasan elite, pesat atau mmg golden area tetap mempunyai value yang tinggi. 

Kebanyakan daripada kita, lebih prefer untuk beli hartanah freehold. ada juga yang tidak kisah dengan title untuk property tersebut. Ada yg berpendapat 99 tahun is more than enough utk mereka.

Leasehold vs Freehold - Real issue
Rasanya, it is not much soal risau kerajaan nak ambil balik tanah tersebut tapi lebih kepada soal pindah milik hartanah tersebut.

Kalau kerajaan nak ambil balik tanah tue, samada leasehold atau freehold, basically sama saja.. tetap diberi pampasan mengikut nilai hartanah tersebut. Contoh yang berlaku pada my parent, dulu ada ura-ura nak besarkan airport yg sedia ada, dan rumah my parent adalah part of their plan. jadi mereka datang banci dan buat kira2 pampasan. rumah my parent, untuk makluman adalah freehold. nasib baik tak jadi.. mereka shifted to other side. :D

Pendek kata, kalau nak kena ambil, ambil juga..

Satu perkara perlu diteliti masa nak beli rumah leasehold. check details untuk property tersebut pada developernya. tanah tu developer dah dapat kelulusan since dari tahun berapa. plan siapnya rumah tu bila. kena ingat, 99years tu bukan starting korang masuk rumah ya..

Freehold:

  • mudah ditukar milik (tak perlu kebenaran daripada pejabat tanah)


Leasehold:

  • pertukaran milik - perlu kebenaran daripda pejabat tanah - ambil masa lebih kurang 6 bulan. Untuk some cases, kena lalui proses rayuan (contoh pemindahan milik dari lot bumi kepada non-bumi). Jadi, owner mungkin akan terlepas peluang jual-beli hartanah sbb buyer akan ada masa untuk cari rumah lain.
  • kalau hartanah tersebut left lebih kurang 60 years, bank2 mostly berat utk approve loan.
  • kalau lease dah expired, pejabat tanah kata, bila nak renew, owner kena bayar premium. nilai premium ni tak ditetapkan. means, akan ditentukan bila sampai masa berkenaan.
  • taken from this forum :
"I audited a company which the factory leasehold land title was expired...it took them more than 4 years to apply for the land extension and paid almost the same price as they bought the land...not included the under table money they had incurred..."



Saturday, August 11

err..

eh, mana pergi apa yang aku nak cerita tadi.. dah lupa.. ok.. bye..

Monday, August 6

go go Datuk Lee Chong Wei

Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins heart. - ESPN commentator

wahwww, sounds harsh.. tapi aku tetap nak like this statement.. it breaks my heart bila baca DLCW's tweet this morning.. suka tgk how he/sportmanship actually unites us all tak mengira bangsa, agama, usia, and yadda yadaa..

aku jenis yes-to-patriotic tapi hwhat-everr to politics. boleh? malaysia boleh.. aku pun pasti boleh..

nuzul quran

nuzul quran datang lagi.. 3 years back, petang-petang hari mulia ni lah aku mula ready nak bertarung untuk raafiif.. sampai hospital, terus kena tahan sbb dah dilated 5-6cm.

dalam operation hall tu, punyalah haus, dahagaa.. berbuka puasa dengan air yang hanya sebesar jari kelingking.. tu pun puas mintak nurse bagi air sbb sangat haus.. doctr tak sarankan aku minum air sangat sebab takut pundi kencing penuh.. nnt susah baby nak keluar.. (ok, aku baru tau).. masa tu, my i.heart.you saja yang ada di sisi.. dan betapa dia memahami "derita" aku yang haus masa tu. time orang lain pergi bukak puasa, masa untuk raafiif tgk dunia makin dekat..

alhamdulillah, with not too much pain, raafiif selamat dilahirkan jam 8.30pm.. :) sehari selepas nuzul quran..