jalan-jalan di taman

Monday, June 16

HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED DAD!! ^_^


^_^ Hari nie besday ayah beta!! 16th june.. smlm dah wish..dgn father's day wish skali jugaakk.. besaarrr pengorbanan ayah akuu.. banyak suka duka dikongsi bersama.. ayah banyak ajar aku tentang kehidupan.. kalau dalam famly aku, sbnrnya, ayah lebih lembut hati dgn anak2.. ma lebih tegas sbnrnya.. :) huuukkkhuuukkkkk~ winduunyaaaaaaaa ayaaahhhhhh~ :"( ayah bersusah payah nak pastikan anak2 tak hidup susah..



time aku balik kg baru2 nie, aku bawak hadiah uk stiap sorang.. utk ayah aku belikan ayah kurma bersalut coklat.. kotak dia tue ak ikat dgn riben.. mlm sblum aku balik tue, (ak tdo kat stapak), ak dan buahati aku ikat riben utk kotak tue.. riben tue saaaangat2 susah nak jadik bentuk riben yg comel.. banyak kali jugak laaa aku merungut kat buahati akuu.. cubaan tah ke brapa kalii tah, baaru la menjadiii..
bila aku bagi hadiah tue kat ayah, ayah sangatt excited.. ^_^ maniiisss senyuman ayah.. ^_^ (salah satu keistimewaaan ayah -- he owns the sweetest dad's smile ^_^ ) Aku gtau ayah kata riben tue susaahh nk ikaatt.. Ayah bukak riben tue dgn hatii2,+ tak leraikan ikatan yg aku da ikat tuue.. ^_^ saaaangat2 laa sweetttt.. rasa saaaaangat2 diappreciated.. berbaloii aku tekun2 ikat riben dgn imrul..


satu lg tringat time ayah aku pujuk aku mlm sblum maj pertunangan akuu..ak ngadu cakap cincin takut tak muat jariii.. puas ayah aku pujukkk.. layaaannnn jugak karenah anak sulung da yg macam2 niiiee.. kesiaannnn ayahhhh..



Utk ayahanda tercinta, kak long mengucapkan S.E.L.A.M.A.T U.L.A.N.G T.A.H.U.N K.E-54.. Semoga ayah dipanjangkan umur, dan dimurahkan rezekii..aaaamiiinnnn.. ^_^ Segala pengorbanan ayah, jerit perit membesarkan kak long dan adik2, tak akan terbalas.. kami sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah..

Ya Allah,
Berilah ayahanda dan ibundaku balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku..
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda..


No comments: