jalan-jalan di taman

Sunday, December 16

facebook game

MyEm0.Com 
jelek betul aku dengan notifikasi palsu dari fb ni.. game invitation dari seorang pemain tegar yang juga apparently one of my buddy list dalam fb aku, tak putus-putus send request itu ini.. tak cukup game ni, dia invite game tu.. mcm2 game kau main, eh budak.. tegar benar kau..

kerja aku, duk block app request dari game-game dia jer lah.. satu hari tah berapa jam lah ngadap game fb ni.. tgk kat "about" ko, "works at" tu dah gah dah.. orang lain menimbun nak dapat peluang pekerjaan, terutama di tempat ko sekarang, ko boleh main game.. main-main betul, eh, ko ni budak..

aku nak tengok, majlis kawen dia ni bebesok, ada tak invite ke majlis perkahwinan dia sampai mcm ni sekalii..

MyEm0.Com
setelah puas hati ni geram sampai tahap banyak kali sangat aku membayangkan aku high five dahi dia, maka malam ni aku berjaya unfriend kan budak ini.. aku anggap, ini cara pintar dia untuk unfriend aku sebenarnya.. syaabas..

berita crochet


terkini, elf hat sudah berjaya disiapkan untuk both of my heroes..

yang ni masa phase tak siap lagi.. yang dah siap punya nnt later2 snap  balik gambarnya..









Dah siap yang adiknya, buat pulak untuk abangnya.. of course guna his favorite color uols..

jangan ditanya crochet pattern nya macamana.. sebab mmg main kait jer.. (wah, gah betol..)

Monday, November 12

cerita crochet

hebat tak hebat nya skill crochet aku, dah siap 2 topi aku buat.. tapi jgn ditanya pattern dia mcmana.. aku main bedal jer.. guna logik jerr.. 1 aku buat utk newborn beani bentuk elf (sbb tgk kecomelan anak member aku pakai elf hat) dan jugak 1 topi yg half elf, half kopiah.. hahaha.. yg ni size besar sikit.. so boleh ler si raafiif pakai.. hahahhaaa..

currently aku working on owl hat.. follow this one particular pattern.. http://www.repeatcrafterme.com/2012/04/crochet-owl-hat-pattern.html

baru nampak kemas sikit crochet nya.. hahahahahaa.. nanti kalau ada kesempatan, akan di snap gmbr topi2 itu dan upload di sini..

Monday, November 5

crochet

bukan main mengada hati ni al-kunun nak buat crochet utk my new baby an elf hat.. menguntum jer tangan jari jemari ni konon-konon nak mengait topi sebijik.. kalau kat trg sana mmg komprom2 dah ada alatannya, tinggal lagi mungkin kena beli yarn la kot sbb tak rasa ada lagi..

ok, sebagai permulaan, mlm ni pegi jengah daiso.. kalau tak do lengkap bahan2 nak try pegi jalan bunga raya.. sana banyak kedai2 alatan menjahit..

kalau lah dah dapat lengkap, harus besok ku bawak ke opis ngadap benda ni jerr..

Tuesday, October 23

ayat gedik remaja

memang ramai duk bertidak-puas-hati dengan penulisan budak2 remaja zaman sekarang.. alaa, yg jenis mcm nie:
"arwark dah mam kewr berlomms.. jowm mam.. sayang arwark ketat-ketat.."

.. ok, mungkin aku over2 kan sikit pengejaan bahasa diorg tapi ini kira lebih kurang lah kan..
kalau baca sure berkerut kening sampai bersilang-silang pangkah kening kiri kanan nak membacanya.. so berikut adalah antara vocab yang dapat aku grab daripada kawan-kawan muda (yang duk manggil aku KAK tu..) dan juga daripada student-student aku:

bahasa mereka bahasa jiwa bangsa
N atau NAN dengan
AQ aku
koe kau
ITTEW kita (ku ingatkn ITU)
SAPEW siapa
TAW tau
DARY dari
UN pun
LAGY lagi (ku baca "leggy")
BLER bila (ku ingatkan "BLUR")
OWUNK orang
SYUNK sayang (ku tgk keyboard, kot Y dekat dgn K..)
XD tadi (ku ingatkan smiley face..)

latest SMS dari student aku baruuuu pagi tadi (tak boleh post this kat FB, nnt dia terkecil hati pula..)
"2 un nk register gx kowt"


.. aku rasa dia mungkin nak kata "tu pun nak register jugak kot". tapi saja aku reply:
"please use proper english."


..minutes later, dia call.

student ku yang remaja itu: alaa, miss, saya tak reti cakap omputih..
aku: laa, u boleh cakap melayu kerrr.. cakap je la bahasa melayu kalau gitu..
student ku yang remaja itu: laa, tadi bahasa BM la tu..
aku: laa, bahasa melayu ke tu.. saya tak faham langsung apa awak tulis.. saya lah ni yang tak reti bahasa melayu eh..
student ku yang remaja itu: alaaa, miss ni.. perli kita pulaakk.. *gelak gedik-gedik*
aku dalam hati: gedik kau!

yang aku tak faham penggunaan perkataan sampai sekarang adalah perkataan berikut:
1. ketat-ketat
contoh penggunaan dalam ayat: "sayang awak ketat-ketat"

2. untunglah
contoh penggunaan dalam ayat: pada mana-mana bahagian ayat, mereka akan selitkan perkataan ini. aku sndiri tak reti dan tak paham mcmana..

Monday, October 22

hospital kerajaan vs hospital swasta

kejadian di GH melaka harini..


CASE 1:
situasi: aku yg sedang consult dengan doktor A.

doktor A: ini ujian kandungan gula dalam darah ni dah tak buat eh?
aku: ouh, haritu dah pass.. yg first tu tak lepas sebab day before check up tu mmg saya makan aiskrim 2 batang dlm masa 1 hari..
doktor A: tak boleh ni.. memang kena buat check up jugak ni.. kita tak tau anytime u mungkin ada kena diabetes ni..
..sambil doctor A belek2 buku merah.

doktor A: kalau u check up kat klinik biasa ni diorg ada check tak kandungan gula?
aku: setiap visit diorg check urine test.. so far semua lepas.
doktor A: tak boleh nie.. ni mana tak lengkap jadual MTT test nie?
aku: ouh, itu nurse poliklinik ayer keroh yg tulis. saya dah buat 3x test tu kat sana. yg first tie tu je sangkut.
doktor A: ini tak lengkap nie..
aku-dalam-hati: mana aku nak tauuu.. bukan aku yang tulis dalam buku tuuuu..
..tak pasal2, aku yang kena bebel.
..yess. aku anggukkan saja.


CASE 2:
situasi: aku yg sedang berbaring sambil ready utk scan kandungan.

doktor B: where's my staff nurse.. she should be here.. where's she..
..doctor B pandang monitor screen dia.
..sambil scan perut aku. 
..sambil catat measurement yang aku sendiri terkebil2 cuba pahamkan.

aku: if i may ask, itu apa yaa.. *sambil tunjuk pada screen*
doktor B: itu kaki.
aku: oo..

..suasana kembali sunyi.
..doctor B teruskan scan my belly.
..tanpa sepatah kata.

aku: if u dont mind, nanti bagitau i kalau dapat nampak sex of the baby ya..
doktor B: *sambil pandang pada screen* tak boleh cakap
aku: u mean, no talking while scanning or u tak boleh disclose jantina dia?
doktor B: arahan dari my boss tak boleh bgtau jantina bayi pada patient.
aku: kenapa ya?
doktor B: nnt patient complaint kalau kita cakap girl tapi keluar boy..
aku-dalam-hati: wattaaaa..siap kau lepas nie,,
.. elok lepas aku bangkit dari katil pembaringan. tekad aku terus tegur doktor itu..

aku: sorry ya, dekat pintu luar u tadi, ada tulis "remind me to smile", so sekarang am doing my job here. please at least put a smile pada wajah cantik anda  itu to ur patient walau u malas nak layan kami. ok.
.. terus aku keluar bilik dengan perasaan "serves u right"..


CASE C:
situasi: aku kena masuk satu bilik ni utk penuhkan info pada satu fail merah yang entah datang dari mana.

misi baju biru itu: no telefon berapa? pekerjaan apa? gaji berapa? blaablaa blaaaa..
aku-dalam-hati: bukan semua tu dah ada kat buku merah depan mata dia kaa..
misi baju biru itu: berat berapa yg plg latest tadi?
aku: 72kg.
misi baju biru itu: ouh, 72 tepat-tepat ya?
aku: ermm, saya nampak dekat weight scale tadi 71 point something.. tapi nurse tadi tulis 72kg..
misi baju biru itu: ouh, tak boleh.. saya nak yg tepat yaa.. 71 point berapa tu?
aku: saya pun tak ingat..
misi baju biru itu: ouhh, tak boleh.. tak boleh.. kena tepat nie.. kenapa tak tulis tepat ni.. tak boleh ni..
.. dia masih terus mengulang "tak boleh..tak boleh"
.. aku dah hangin nih.. apa hal semua orang harini nak salahkan aku kalau korang sendiri tak tulis yg sepatutnya..

aku: mana saya nak tauuu.. bukan saya yang tulis dalam buku niie.. nurse tadi yg tulis 72kg..
.. misi berbaju biru itu masih membebel "tak boleh.. tak boleh.." 

aku: mcm ni lah, biar saya timbang lagi sekali jelah yaa.. *sambil tunjuk weight scale belakang aku*
misi berbaju biru: hmmm, ok, naik penimbang tu dan bagitau yang tepat eh"
aku-dalam-hati: ku tepuk dahi sorg2 kat GH ni karaaaang..


Bukan issue bagi aku untuk tunggu lama berjam2 mcm jeruk ikan dalam balang hanya untuk tunggu aku discan.. cuma, yang menjadi issue pada aku adalah layanan korang pada patient-patient korang.. bila aku dah tak buat follow up dengan korang (klinik2 kerajaan), korang gedik duk telepon aku bebel2 kenapa tak follow up dengan diorg dah.

hai lah korang.. bila dah aku datang ni, korang buat layanan mcm sampah.. for what reason aku nak buang masa my 3 hours kematu bontot just nak buat check up biasa ni plus se ykali dengan package sumpah seranah korg ni..

baik aku g scan dekat klinik swasta biasa, dapat soooooooooo much many loadsa lotsa profuse info bila aku buat ultrasound scan.. gender.. berat.. see all the 4 chambers of his heart, explanation pasal tumbesaran my precious, panjang kaki, tangan, and yaddaa yaddaa yaddaaa.. aku boleh dapat all the happy & sweet moments while scanning my sweet precious baby.. ada jugak lah kiranya moment2 yg touching2 tgk baby gerak2..

memang, orang kata atas nasib. tapi nasib mcm ni lah yg buat orang bawak cerita tak best pasal korang.. hampa paham tidak the power of WORD OF MOUTH.. hechiuuu GH melaka.. GH melaka sahaja yaa.. so far..


Friday, October 5

Apek bakal berkahwin dengan Luni

Ok, all this while, bila orang cakap APEK akan umumkan tarikh perkahwinannya dengan model bernama Luni, hanya APEK SENARIO yang termampu otak aku fikirkan.

Punyalah duk berselirat otak aku fikir kenapa orang frust sangat dengan APEK (sambil membayangkan apek senario, ok) dan glemer jugak APEK  (dan masih membayangkan apek senario, ok) ni..

Rupanya, baru harini aku tau, APEK yg digembang2kan adalah apek pemain bola sepak rupanya.

Selama hayat ini, hanya 2 insan yang terlintas diminda kalau sebut APEK:
1. Apek senario
2. Apek yg pakai seluar pendek, jual surat khabar/tilam/barang lama tukar baru

Sekian.

Wednesday, September 19

Buying house - early bird vs completed with CFO



Early bird:


  • Offered with lower price
    • Harga offered kepada early bird selalunya lebih murah berbanding harga rumah untuk next phase.
  • Risk to take
    • penting untuk kita tau/ study siapa developer untuk project rumah berkenaan. mungkin boleh tengok diorg punya previous project - either pada their website atau direct you guys pergi visit their office. selalunya akan ada ruangan "show off" diorg of their previous projects.
  • Loan
    • Kena ready siap2 bayar for small amount of your housing loan (providing kalau anda buat bank loan) sebelum rumah siap.
    • Bagi yang apply gov loan, tak face masalh problem ni sebab bayaran loan rumah hanya akan dipotong bila rumah dah ready.

Rumah yang completed with CFO:
  • Price
    • Akan agak lebih tinggi. Boleh beza puluhan ribu dari harga offered pada awalnya.

  • Risk
    • Anda akan bayar rumah yang dah berkenan di hati seperti mana anda dah tengok rumah tu.
    • Means, tak ada lagi tempoh masa 2 tahun defect complaint pada pemaju.
    • Tapi apa2 pun, terpulang pada developer jugak, kalau atas budi bicara, ada yang bagi jugak peluang utk buyer complaint any defect pada rumah tu tapi tertakluk pada syarat2 yang dikenakan, contohnya, buyer hanya layak untuk complaint once.

Buying house - Built-up area vs Land area

Ini dipendekkan cerita ya.. Generally, sebuah rumah yang ada tanah ada 2 keluasan:
i) land area
ii) built-up area

Jadi, harap illustration di bawah a bit much dapat membantu.

Land area: 40' x 80' = 3200
Built-up area: keluasan A + keluasan B + keluasan C + keluasan D +  keluasan E +  keluasan F +  keluasan G


Buying house - Leasehold vs Freehold


Waktu aku dan hubby duk hunting for property baru kami, leasehold vs freehold mmg dilihat sebagai salah satu faktor kami dalam menentukan wther or not nak beli rumah tersebut. bg kami biar berbaloi bayar beribu2 setiap bulan untuk our house. biar terasa we own the property.




Leasehold vs Freehold - nilai hartanah
Mostly di Malaysia, harga hartanah untuk freehold selalunya adalah lebih tinggi berbanding leasehold.
Tapi depends juga pada kawasan. leasehold property yang terletak di kawasan yg mmg kawasan elite, pesat atau mmg golden area tetap mempunyai value yang tinggi. 

Kebanyakan daripada kita, lebih prefer untuk beli hartanah freehold. ada juga yang tidak kisah dengan title untuk property tersebut. Ada yg berpendapat 99 tahun is more than enough utk mereka.

Leasehold vs Freehold - Real issue
Rasanya, it is not much soal risau kerajaan nak ambil balik tanah tersebut tapi lebih kepada soal pindah milik hartanah tersebut.

Kalau kerajaan nak ambil balik tanah tue, samada leasehold atau freehold, basically sama saja.. tetap diberi pampasan mengikut nilai hartanah tersebut. Contoh yang berlaku pada my parent, dulu ada ura-ura nak besarkan airport yg sedia ada, dan rumah my parent adalah part of their plan. jadi mereka datang banci dan buat kira2 pampasan. rumah my parent, untuk makluman adalah freehold. nasib baik tak jadi.. mereka shifted to other side. :D

Pendek kata, kalau nak kena ambil, ambil juga..

Satu perkara perlu diteliti masa nak beli rumah leasehold. check details untuk property tersebut pada developernya. tanah tu developer dah dapat kelulusan since dari tahun berapa. plan siapnya rumah tu bila. kena ingat, 99years tu bukan starting korang masuk rumah ya..

Freehold:

  • mudah ditukar milik (tak perlu kebenaran daripada pejabat tanah)


Leasehold:

  • pertukaran milik - perlu kebenaran daripda pejabat tanah - ambil masa lebih kurang 6 bulan. Untuk some cases, kena lalui proses rayuan (contoh pemindahan milik dari lot bumi kepada non-bumi). Jadi, owner mungkin akan terlepas peluang jual-beli hartanah sbb buyer akan ada masa untuk cari rumah lain.
  • kalau hartanah tersebut left lebih kurang 60 years, bank2 mostly berat utk approve loan.
  • kalau lease dah expired, pejabat tanah kata, bila nak renew, owner kena bayar premium. nilai premium ni tak ditetapkan. means, akan ditentukan bila sampai masa berkenaan.
  • taken from this forum :
"I audited a company which the factory leasehold land title was expired...it took them more than 4 years to apply for the land extension and paid almost the same price as they bought the land...not included the under table money they had incurred..."



Saturday, August 11

err..

eh, mana pergi apa yang aku nak cerita tadi.. dah lupa.. ok.. bye..

Monday, August 6

go go Datuk Lee Chong Wei

Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins heart. - ESPN commentator

wahwww, sounds harsh.. tapi aku tetap nak like this statement.. it breaks my heart bila baca DLCW's tweet this morning.. suka tgk how he/sportmanship actually unites us all tak mengira bangsa, agama, usia, and yadda yadaa..

aku jenis yes-to-patriotic tapi hwhat-everr to politics. boleh? malaysia boleh.. aku pun pasti boleh..

nuzul quran

nuzul quran datang lagi.. 3 years back, petang-petang hari mulia ni lah aku mula ready nak bertarung untuk raafiif.. sampai hospital, terus kena tahan sbb dah dilated 5-6cm.

dalam operation hall tu, punyalah haus, dahagaa.. berbuka puasa dengan air yang hanya sebesar jari kelingking.. tu pun puas mintak nurse bagi air sbb sangat haus.. doctr tak sarankan aku minum air sangat sebab takut pundi kencing penuh.. nnt susah baby nak keluar.. (ok, aku baru tau).. masa tu, my i.heart.you saja yang ada di sisi.. dan betapa dia memahami "derita" aku yang haus masa tu. time orang lain pergi bukak puasa, masa untuk raafiif tgk dunia makin dekat..

alhamdulillah, with not too much pain, raafiif selamat dilahirkan jam 8.30pm.. :) sehari selepas nuzul quran..

Wednesday, July 25

main masak-masak

hati: hmmm, hari ni nak masak apa..
minda: apa lagi.. google laa.. yeehheee..
hati: waahh.. bisekut cornflake.. nampak senang..
mulut: che dah (officemate aku), ko ada esen vanilla tak.. nak sikit lebih kurang 1 camca..

minda: bersajak betul.. mana ada baking tray yang boleh nak buat bisekutnya.. T.T
hati: alahmak.. ok, next please.. hmm.. boleh buat to-do list ni.. nak masak che mek molek, aiskrim goreng, puding roti, donut balls.


untuk hari ni it's either donut balls atau aiskrim goreng.. wheehhouu~~

kurangkan saman

bila check saman, aku ada saman rm300 - lebih speed limit january lepas. tp disebabkan tak ada terima apa-apa surat saman, jadi aku kena bayar max tak dapat buat rayuan. then aku teringat org kata actually kita boleh kurangkan saman tapi kena ada kenal orang la.. then aku cuba.

orang itu: oooo, boleh kurangkan jadi rm180. nnt kalau nak bayar, bayar direct pada saya.
saya : aik, tak boleh bayar dekat mana-mana kaunter eh..
orang itu:boleh, tapi kalau bayar kat kaunter kena bayar rm300 lah..


terus buat aku ponder.. ini mcm kes rasuah jerr?? i mean, kita bayar utk lebih rendah.. tapi tidak mengikut cara yg betul. aku ingatkan org itu raise my issue - dpt rayuan sebab aku tak dapat apa-apa surat saman. rupanya guna cara org blkg. dan sah-sah orang itu ambik "upah" sikit dari rm180 itu..

baik aku bayar rm300.. sorry ya kalau anda sendiri pernah buat tapi aku tak dapat terima. bg aku ini tetap rasuah..

hati-hati.. fikir-fikirkan lah ya sahabat-sahabat.

Friday, July 20

unpacking

ok, this is just ssooo stupid.. early this morning, aku dah pack baju untuk bawak balik kampung ptg ni.. tapi, makin banyak melipat kain, gatal pulak tangan unpack baju.. apakahh!!

just pick any baju will ya! tapi plg banyak baju adalah my lil hero's.. bawak-spare-in-case-tak-sempat-cuci applied to most of all baju-baju raafiif.. hoedeng.. macam laa tak do washing machine kat ganu..





sangat tak cool.. penyakit pompuan.. it's in our gene la kot i guess.. balik 3 hari, baju macam nak berpindah rumah..

filem melayu

lately, tengok makin rancak filem-filem baru akan ditayangkan di pawagam.. aku simpulkan, ada 2 trend yang agak nyata dalam market filem-filem malaysia:

  1. genre cerita
hantu.. cinta.. rempit.. pffttt~~ malas nak cakap.. tgk je lah kalau nak tengok yaa.. 
  1. hero/heroin
boleh expect siapa leading actor/actress. tgk saja siapa menang anugerah, sure lepas tue asyik muka dia laa jadi hero/heroin filem tu.. double pfffttt~~

sebab tu aku lagi prefer kru's prod line sebab at least diorg cuba come out dengan something different. kalau perasan, diorg punya music vid clip pun lain dari artis lain sejak dari dulu..



it's not that aku tak support film-filem malaysia, tapi i mean like, seriously, tolonglah pelbagaikan.. you know what i meeeaannn..

kata nak filem malaysia majuuu..

ok, nak p cari balik green mile.. 

cicak


hooe shoot.. tadi sedang berkemas-kemas rumah, cicak boleh buat aku terperanjat. cicak tu lari seolah-olah mengejek aku sambil berkata "surpriiiissse" ala-ala surprise-deco-bersama-eric. ini kalau my i.heart.you nampak live, mmg dia sure pasti akan gelakkan aku..







kata my .i.heart.you, reaction aku sangat kelakar.. bukan ku pinta.. tapi begitulah mmg reaksiku seadanyaa..
ok, tak mau cakap lagi.. hetchiuuu.. (labiuu labiuuuu..ehee..)

Thursday, July 19

ultrameng

ok, pass few weeks, ada belikan raafiif this 1 set of ultraman sticker book.. dalam banyak-banyak gambar ultraman and monsters, ada 2 gmbr yang draw my attention dan buat aku terkikik-kikik ketawa.


yang pertama:
kenapa ketiak ultraman tu terkooyak.. ahahahhahaaa.. kesian ultraman..

yang kedua:

tak mau cakap.. hanya orang yang berkaitan akan memahami..
(pd sahabat yg berkenaan, ini la gambar yang aku ceritakan tu.. sama tak.. sama tak.. sangat comel kan.. XD )

compelling compassion

ada satu video yang aku nak share di sini.. kesian si perempuan itik nie..

video

jemur kereta

gaya menjemur kereta.. kejadian adalah berlaku di MMU di FOE parking lot.. sekian..

Wednesday, July 18

gelak ke nangis?

this morning, ada a friend of mine, post 1 link panggilan hanget hot.fm.. dah lama tak dengar hot.fm.. jadi tadi dengar la panggilan hanget tu.. memang ketawa berdekah-dekah.. siap berair2 mata gelak dalam office tadi..

u should listen to this Panggilan Hanget too -(Title: baju raya Oren)


MyEm0.Comhysterically funnehhh okehh..

Monday, July 16

cosmo~~

aku tgk, view count utk fav video raafifi makin galak bertambah.. apa tidak, raafiif lah penyumbang pada counting tersebut.. MyEm0.Comterutama video ultraman cosmo dia.. setiap kali bukak laptop/eee pad, sokmo suruh bukak the following link:
4. mana-mana itsy-bitsy spider song

Friday, July 13

horrayh!

lagu: untuk dia, sleeq ft najwa latif


ibu/abah nyanyi: "untuk dia"
raafiif sambut: "horayy!!"
ibu/abah nyanyi: "untuk dia"
raafiif sambut: "horayy!!"

MyEm0.Com*nyanyian asal: "ayy!"


Wednesday, July 11

onions

MyEm0.Com
tadi watched this vid.. arghh.. onionnss!! there must be onionss here.. somewhere!! mencik! T.T berduyun-duyun tissue beta pakai.. deng.. arghh!


muhasabah diri

read this 1 article, keratan akhbar BH 2011, shared in i-dont-really-know-who's fb,

sangat rasa inspired.. beliau menabung bermula dengan 30sen sebulan untuk tunaikan haji.. setiap kali gaji menaik, beliau tambahkan lagi simpanan beliau dalam tabung.. allahurabbi.. terharu.. terkesan di hati.. sama-sama kita contohi.. jadikan ianya sebagai sumber inspirasi.
berusaha!

Tuesday, July 10

sangat mael lambung

teringat masa time waktu belajar dulu, dekat uitm shah alam.. faculty aku (FTMSK) atas bukit.. suatu hari, pihak university tambah road bump dekat our faculty. masa diorg tambak tar, diorg tak color kan terus belang2 kuning tu. so agak melambung-lambung jugak la kalau ada yang tak perasan road bump tersebut.

following adalah kejadian di sebuah bus stand FTMSK pada suatu ketika itu:
..motor lalu sambil pandang aku (sekadar habit most of the motorcyclist untuk pandang perempuan di bus stand)
Scene 1
aku                 : *senyum* (senyum mesra habis)
motorcyclist A: *senyum sukahati habis* (teruja, mungkin)
                       ..2 saat kemudian
                       *GEDEBAM* *GEDEBUM* (melambung motor langgar road bump)
aku                 : *gelak besar*
MyEm0.Com




tolong jangan berdendam dengan saya




Scene 2
aku                 : *angkat tangan* (sambil senyum mesra habis)
motorcyclist B: *pandang senyum tak senyum* (pelik, mungkin)
                       ..2 saat kemudian
                       *GEDEBAM* *GEDEBUM* (melambung motor langgar road bump)
                        *geleng kepala*
aku                 : *gelak besar lagi*
MyEm0.Comtolong jangan berdendam dengan saya
Scene 3
aku                 : * senyum n* (senyum mesra habis)
motorcyclist C: *pandang senyum tak senyum* (pelik, mungkin)
                       ..2 saat kemudian
                       tergelong-gelong tayar (terkejut dan cubaan untuk mengelak, mungkin)
                       *GEDEBAM* *GEDEBUM* (melambung motor langgar road bump)
aku                 : *gelak besar lagi*
MyEm0.Comtolong jangan berdendam dengan saya

Monday, July 9

mana belajau..

kejadian semalam..

raafiif : ibu, cuba cakap ibu nak beli apa..
ibu      : ermm, ibu nak kueh pau satu boleh?
raafiif : tak ada sayangg.. ibu pilih lain.. pilih laa..
ibu      : *gelak dulu* ok, ibu nak keropok..nak dua..
raafiif : 1 saja..
ibu      : ok..ok.. 1 saja keropok boleh?
raafiif : keropok tak ada sayang..
ibu      : *gelak lagi* habis apa ada?
raafiif : durian adaa.. pilih lah.. pilih lah..
ibu      : ok, ibu nak durian 1..
raafiif : tak ada sayang..



MyEm0.Combertuah punya hero.. cium sampai lebam baru tau.. penat perut dan usus duk tergelakkan raafiif punya drama. gedik betul..

Thursday, July 5

ini post gedik.

ingatan. ini adalah post gedik. sila jangan baca kalau anda tiada masa.. most of the time, tangan penulis adalah di bahu..

MyEm0.Comlambat betul nak tunggu end of july nie.. sebab? sebaabbb, nanti insyaAllah, akan dapat my shukr jubah! wahhweeeyy!!



MyEm0.Comlepas tue, boleh tak aku gedik-gedik duk tengok handbag fossil pulak.. summer sale kau.. T.T tolongggg.. tak pernah-pernah hayat aku gila handbag.. tapi bulan ni tah mengapa.. ni lah kot orang kata mengidam ek.. orang lain ngidam makanan, aku ngidam barang.. tak senonoh kan..

tapi nasib baik rakan sejawatan meng-calm down kan aku.. T.T jadi tak adalah beriya sangat nak beli.. tunggu dia pergi US balik feb nanti, suruh dia sendiri carikan.. kalau sekarang sale tak hebat sangat..

cerita kawan aku nie, kat sana barang2 semua murah2.. walau convert to RM.. sebab barang brand sana.. tapi cuba ktia tgk kat mesia.. walau barang kita, bukan main galak mahai dia.. konon berkualiti setanding luar negara. tengok si bonia.. tak agak2.. tapi puih *suara org yg tak mampu membeli*

ok, itu saja gedikan di petang ini.. besok dah tak mau gedik-gedik lagii.. buhbyyeee.. fiuh, lenguh jugak main letak-letak tangan di bahu..

lirik "begini caranya" kami

me MyEm0.Com and hubby MyEm0.Com suka menyanyikan lagu "begini caranya" kalau ada dimainkan lagunya di radio.. tapi for the first chorus saja lah yang nyanyi mengikut lirik, the next chorus dah guna our own.. it goes like this:

"aku tahu,
di mana nak cari cinta mu,
di sini atau kah di sana,
atau kah di mana-manaa.."

tapi nanti raafiif MyEm0.Com akan menyampuk kata, "ibu, abah.. jangan cakap "aku" laa.."

..haru sungguh

Tuesday, July 3

me no want stalker



MyEm0.Comover geram pulak aku harini bila students suka bukak pintu kemudian intai2.. entah apa yang diintaikan pun aku tak tau.. kot la cakap hye ker, bagi salam ker, bagi derian ker, semua tue tak ada.. intai, jenguk-jenguk, pastu terus tutup pintu.. tepuk dahi tu karaaanggg..

hasil daripada analisa, aku rasa, student-student ni nak merasa air-cond jer sebenarnya..
MyEm0.Com




MyEm0.Comantara solution yang difikirkan sesuai adalah seperti berikut:
  1. letak signboard besar "jangan intai-intai"
  2. rm1.00 per intai

Monday, July 2

tik.tok.tik.tok

i just hate it soo much untuk aku membuang masa, waiting for the green light. mcm donkey's years nak boleh sampai  my turn for the green light. tiba-tiba terfikir.. kalau kat office tue, time wasted macam tue saja.. dari minit ke minit.. padahal, penantian di traffic light is around 5 minutes..

MyEm0.Commy mom used to said this when i was a budak hingusan.

"kak loong, banguuunnn.. dah pukul xxx (waktu adalah dirahsiakan). kalau pergi KL, dah lama sampai dah.."

betapa my mom selalu mementingkan soal masa. dekat dapur ada jam.. dekat setiap bilik air ada jam.. dalam bilik masing2 ada jam..

MyEm0.Comdan hadiah yg paling amat ter sangat bermakna beliau bagi pada aku pun adalah jam tangan.. sampai sekarang pakai. dah 11 tahun dah.. waauwweeee.. tak sangka.. dan battery pun tak tukau2 lagi.. sentimental value jam tangan ini sangat amat lah tinggi..

MyEm0.Commasa kawen dulu pun dah pesan awal2 hantaran jangan bagi jam.. sebab tak reti nak pakai tukar2.. ekekekee.. jam tangan adalah antara barang yang paling aku cerewet utk aku beli baru.

jadi, back to the topic.. pada situasi-situasi tertentu, aku sangat tidak suka menunggu dan membuang masa. ini adalah antara situasi tersebut:
  1. Menunggu lampu merah kepada hijau (unless ada raafiif dan my i.heart.u)
  2. Mengisi minyak kereta
  3. Menuggu student di kelas
  4. Menunggu remote astro berfungsi seperti sepatutnya.. well, at least boleh dapat tukar channel..
  5. Menghabiskan masa invigilating exams.. (sebab rindukan my 2 heroes)

pesanan untuk diri

Haii, panas betul Melaka.. Kulit yang dah sedia hitam nie, bertambah lah hitamnyaa.. Kalau dulu-dulu, waktu panas macam nie, mulut dah sibuk doa mintak hujan.. kemudian, bila Allah dah bagi hujan, mengeluh pulak, "hai, kenapalah hujan.. habis plan nak jalan-jalan."

Mulut jahat nie terbiasa sangat mengeluh. Tapi, sejak buka mata dan minda, bila dilihat balik, semua kejadian sudah ditetapkan. Aku tak sampai hati nak doa mintak panas, atau hujan hanya sebab aku rasa tak comfortable..
MyEm0.Com

Sebab? Aku terpikirkan betapa rezeki orang lain jugak bergantung pada cuaca..  hanya Dia yang maha mengetahui yang terbaik untuk semua.. wallahualam..

this is life..

MyEm0.Comas i aged, banyak things yang mengubah persepsi aku terhadap kehidupan.. just to share few lesson of my life:
[lesson 1] jangan lekas membenci orang..
"apaa laa minah nie.. hegeh2 pulak jalan depan aku.." tengok2 tak lama lepas tue, minah hegeh2 tue jugak laa yang menolong kita di masa kita amat memerlukan pertolongan.

[lesson 2] tidak cepat berburuk sangka
"sombong laa dia nie.." rupa-rupanya bila dah kenal, haiih, dah boleh jadi bff lagii..

mari menderma

suatu hari, nak meng-pack baju-bajan dan seluar2 lama yang zaman era kegemilangan dulu utk didermakan.. pakaian my i.heart.u aku pesan, tak payah pilih2, ini semua takkan dapat pakai dah nie.. tak akan dapat muat balik nie.. so, just bag in tanpa soalan yaa..

and, of course sampai my part, mulalah, oo, yang nie nnt lepas pregnant ni sure boleh usaha lagi nie.. yg ni part lengan je ketat sikit nie.. yang ni kalau pakai girdle boleh nie.. XD hahahahaa.. mengharukan.. tapi at the end.. nasib setan tak hasut lama2, so let go jugak..
MyEm0.Com
jahat setan nie.. jahat.. *dan-dan..*

Saturday, June 16

cerita fahrin ahmad

dulu, di suatu petang.. kejadian berlaku tatkala aku selesai mengisi minyak di shell.
as most of us probably know, shell kan ada pertandingan isi dan menang. so setelah fuel up, bersama dengan risit in hand, aku menuju ke satu meja yang dikhaskan utk fill up form.

dari ekor mata aku, aku tau ada one guy yang sedang "jaga" meja tersebut. so aku ask him for a pen.
"pinjam pen."
... tak ada jawapan

aku bawa saja pandangan aku pada dia, fiuhhhh, berderau jantung.. fahrin ahmad.. berpeluk tubuh. tersenyum.. manis.. it took me a while utk realize yang it's only a poster pada board yg human size.

shell jahat.

...berlalu pergi
...malu sendiri
..shoot T.T


Friday, June 15

airmu mengalir..lalalaaaa.. lalalalalaa..


haku hada lagu ni.. ko hado..

MyEm0.Com

Airmu mengalir dari gunung jauh di sana
Jernih dan sejuknya sungguh indah dipandang mata
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba

Tak berhenti henti hingga sampai di laut nanti
Masa juga kan berlalu tak menunggu kita
Gunakanlah sepenuhnya janganlah leka

Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba
Tak berhenti henti hingga sampai di laut nanti..


MyEm0.Com
ok, most of my friends tak tau this song. what in the world.. tot all the 84s know this song.. haiizz.. apa2 pun,  kalau rasa2 nak berkenalan dengan lagu saya ini, check out this utube link:
http://www.youtube.com/watch?v=FyHlFrQmcAk

Tuesday, June 12

melaka lah sangat, kan

MyEm0.Com
Ok, I know, it's been a while since aku tak update my new post.. alasan penyelamat: "maaf ya, saya busy.." alasan tak selamat: "saya malas"..

Just to update, bukan untuk tatapan orang tapi untuk tatapan saya di masa akan datang:

you, your son now is very malacca one you know.. ingat, his very first so called ayat melaka adalah: "sabar lerr.." and sometimes "sabar lah lerrr.." nak jugaaakk "ler" dia tue.. sangat melaka, hokkeyyyy *tangan di bahu*



tongue twister lah sangat..

MyEm0.Com
Ok, hari ini lidah saya tergeliat lagi.. depan my student pulak tue.. sangat memalukan.. T.T
Ayat penggeliat lidah saya adalah seperti berikut:
"make sure you finish this sem" jadi "make sure you finish thish shem".. uuh deng.. 3 kali cuba betulkan tapi masih tak dapat berbuat apa-apa.. yeahhayyy!!


other tongue twister saya adalah seperti berikut:
"atas dashboard" --> "atash dashboard"
"isu semasa" --> "ishu shemasa"
MyEm0.Com
..sebenarnya ada byk lagi.. tapi mari kita jadikan ianya rahsia.. XD hahahaha *gelak utk diri sendiri*
boleh refer to my previous post: http://thelostgarden.blogspot.com/2009_11_01_archive.html

Friday, May 11

MyEm0.Comnext weekend balik kampung.. tak sabar rasanya.. nak pekena nasi dagang.. sotong goreng tepung.. ikan bakar.. huiihh.. sempat ke nak menyentak semua tue.. hahaaa.. sempatkan ajerr.. 


MyEm0.Com next week jugak che dah akan bertolak ke us.. sebulan bercuti kat sana kau.. ohoiii.. best betuull..

dan next week jugak ummu pun akan ke jogjak.. nasib dia cuti seminggu saja.. kalau tak, menyepi laa office.. ni pun budak2 habis exam dah sunyi sepi..

uoh, wait.. it is not that sepi actually.. nie sebelah bilik ni, duk kung-kang-kung-kang-gedegang-gedung-gedung-dung duk buat kerja renovation.. bilik sebelah nak buat kelas plk.. dah buat kerja2 renovation tue, boleh pulak pasang radio kuat2.. tertekan emosi dan mental ini..