jalan-jalan di taman

Wednesday, July 25

kurangkan saman

bila check saman, aku ada saman rm300 - lebih speed limit january lepas. tp disebabkan tak ada terima apa-apa surat saman, jadi aku kena bayar max tak dapat buat rayuan. then aku teringat org kata actually kita boleh kurangkan saman tapi kena ada kenal orang la.. then aku cuba.

orang itu: oooo, boleh kurangkan jadi rm180. nnt kalau nak bayar, bayar direct pada saya.
saya : aik, tak boleh bayar dekat mana-mana kaunter eh..
orang itu:boleh, tapi kalau bayar kat kaunter kena bayar rm300 lah..


terus buat aku ponder.. ini mcm kes rasuah jerr?? i mean, kita bayar utk lebih rendah.. tapi tidak mengikut cara yg betul. aku ingatkan org itu raise my issue - dpt rayuan sebab aku tak dapat apa-apa surat saman. rupanya guna cara org blkg. dan sah-sah orang itu ambik "upah" sikit dari rm180 itu..

baik aku bayar rm300.. sorry ya kalau anda sendiri pernah buat tapi aku tak dapat terima. bg aku ini tetap rasuah..

hati-hati.. fikir-fikirkan lah ya sahabat-sahabat.

1 comment:

cherry_ijau said...

malaysiaku . oh tanah air