jalan-jalan di taman

Tuesday, October 23

ayat gedik remaja

memang ramai duk bertidak-puas-hati dengan penulisan budak2 remaja zaman sekarang.. alaa, yg jenis mcm nie:
"arwark dah mam kewr berlomms.. jowm mam.. sayang arwark ketat-ketat.."

.. ok, mungkin aku over2 kan sikit pengejaan bahasa diorg tapi ini kira lebih kurang lah kan..
kalau baca sure berkerut kening sampai bersilang-silang pangkah kening kiri kanan nak membacanya.. so berikut adalah antara vocab yang dapat aku grab daripada kawan-kawan muda (yang duk manggil aku KAK tu..) dan juga daripada student-student aku:

bahasa mereka bahasa jiwa bangsa
N atau NAN dengan
AQ aku
koe kau
ITTEW kita (ku ingatkn ITU)
SAPEW siapa
TAW tau
DARY dari
UN pun
LAGY lagi (ku baca "leggy")
BLER bila (ku ingatkan "BLUR")
OWUNK orang
SYUNK sayang (ku tgk keyboard, kot Y dekat dgn K..)
XD tadi (ku ingatkan smiley face..)

latest SMS dari student aku baruuuu pagi tadi (tak boleh post this kat FB, nnt dia terkecil hati pula..)
"2 un nk register gx kowt"


.. aku rasa dia mungkin nak kata "tu pun nak register jugak kot". tapi saja aku reply:
"please use proper english."


..minutes later, dia call.

student ku yang remaja itu: alaa, miss, saya tak reti cakap omputih..
aku: laa, u boleh cakap melayu kerrr.. cakap je la bahasa melayu kalau gitu..
student ku yang remaja itu: laa, tadi bahasa BM la tu..
aku: laa, bahasa melayu ke tu.. saya tak faham langsung apa awak tulis.. saya lah ni yang tak reti bahasa melayu eh..
student ku yang remaja itu: alaaa, miss ni.. perli kita pulaakk.. *gelak gedik-gedik*
aku dalam hati: gedik kau!

yang aku tak faham penggunaan perkataan sampai sekarang adalah perkataan berikut:
1. ketat-ketat
contoh penggunaan dalam ayat: "sayang awak ketat-ketat"

2. untunglah
contoh penggunaan dalam ayat: pada mana-mana bahagian ayat, mereka akan selitkan perkataan ini. aku sndiri tak reti dan tak paham mcmana..

Monday, October 22

hospital kerajaan vs hospital swasta

kejadian di GH melaka harini..


CASE 1:
situasi: aku yg sedang consult dengan doktor A.

doktor A: ini ujian kandungan gula dalam darah ni dah tak buat eh?
aku: ouh, haritu dah pass.. yg first tu tak lepas sebab day before check up tu mmg saya makan aiskrim 2 batang dlm masa 1 hari..
doktor A: tak boleh ni.. memang kena buat check up jugak ni.. kita tak tau anytime u mungkin ada kena diabetes ni..
..sambil doctor A belek2 buku merah.

doktor A: kalau u check up kat klinik biasa ni diorg ada check tak kandungan gula?
aku: setiap visit diorg check urine test.. so far semua lepas.
doktor A: tak boleh nie.. ni mana tak lengkap jadual MTT test nie?
aku: ouh, itu nurse poliklinik ayer keroh yg tulis. saya dah buat 3x test tu kat sana. yg first tie tu je sangkut.
doktor A: ini tak lengkap nie..
aku-dalam-hati: mana aku nak tauuu.. bukan aku yang tulis dalam buku tuuuu..
..tak pasal2, aku yang kena bebel.
..yess. aku anggukkan saja.


CASE 2:
situasi: aku yg sedang berbaring sambil ready utk scan kandungan.

doktor B: where's my staff nurse.. she should be here.. where's she..
..doctor B pandang monitor screen dia.
..sambil scan perut aku. 
..sambil catat measurement yang aku sendiri terkebil2 cuba pahamkan.

aku: if i may ask, itu apa yaa.. *sambil tunjuk pada screen*
doktor B: itu kaki.
aku: oo..

..suasana kembali sunyi.
..doctor B teruskan scan my belly.
..tanpa sepatah kata.

aku: if u dont mind, nanti bagitau i kalau dapat nampak sex of the baby ya..
doktor B: *sambil pandang pada screen* tak boleh cakap
aku: u mean, no talking while scanning or u tak boleh disclose jantina dia?
doktor B: arahan dari my boss tak boleh bgtau jantina bayi pada patient.
aku: kenapa ya?
doktor B: nnt patient complaint kalau kita cakap girl tapi keluar boy..
aku-dalam-hati: wattaaaa..siap kau lepas nie,,
.. elok lepas aku bangkit dari katil pembaringan. tekad aku terus tegur doktor itu..

aku: sorry ya, dekat pintu luar u tadi, ada tulis "remind me to smile", so sekarang am doing my job here. please at least put a smile pada wajah cantik anda  itu to ur patient walau u malas nak layan kami. ok.
.. terus aku keluar bilik dengan perasaan "serves u right"..


CASE C:
situasi: aku kena masuk satu bilik ni utk penuhkan info pada satu fail merah yang entah datang dari mana.

misi baju biru itu: no telefon berapa? pekerjaan apa? gaji berapa? blaablaa blaaaa..
aku-dalam-hati: bukan semua tu dah ada kat buku merah depan mata dia kaa..
misi baju biru itu: berat berapa yg plg latest tadi?
aku: 72kg.
misi baju biru itu: ouh, 72 tepat-tepat ya?
aku: ermm, saya nampak dekat weight scale tadi 71 point something.. tapi nurse tadi tulis 72kg..
misi baju biru itu: ouh, tak boleh.. saya nak yg tepat yaa.. 71 point berapa tu?
aku: saya pun tak ingat..
misi baju biru itu: ouhh, tak boleh.. tak boleh.. kena tepat nie.. kenapa tak tulis tepat ni.. tak boleh ni..
.. dia masih terus mengulang "tak boleh..tak boleh"
.. aku dah hangin nih.. apa hal semua orang harini nak salahkan aku kalau korang sendiri tak tulis yg sepatutnya..

aku: mana saya nak tauuu.. bukan saya yang tulis dalam buku niie.. nurse tadi yg tulis 72kg..
.. misi berbaju biru itu masih membebel "tak boleh.. tak boleh.." 

aku: mcm ni lah, biar saya timbang lagi sekali jelah yaa.. *sambil tunjuk weight scale belakang aku*
misi berbaju biru: hmmm, ok, naik penimbang tu dan bagitau yang tepat eh"
aku-dalam-hati: ku tepuk dahi sorg2 kat GH ni karaaaang..


Bukan issue bagi aku untuk tunggu lama berjam2 mcm jeruk ikan dalam balang hanya untuk tunggu aku discan.. cuma, yang menjadi issue pada aku adalah layanan korang pada patient-patient korang.. bila aku dah tak buat follow up dengan korang (klinik2 kerajaan), korang gedik duk telepon aku bebel2 kenapa tak follow up dengan diorg dah.

hai lah korang.. bila dah aku datang ni, korang buat layanan mcm sampah.. for what reason aku nak buang masa my 3 hours kematu bontot just nak buat check up biasa ni plus se ykali dengan package sumpah seranah korg ni..

baik aku g scan dekat klinik swasta biasa, dapat soooooooooo much many loadsa lotsa profuse info bila aku buat ultrasound scan.. gender.. berat.. see all the 4 chambers of his heart, explanation pasal tumbesaran my precious, panjang kaki, tangan, and yaddaa yaddaa yaddaaa.. aku boleh dapat all the happy & sweet moments while scanning my sweet precious baby.. ada jugak lah kiranya moment2 yg touching2 tgk baby gerak2..

memang, orang kata atas nasib. tapi nasib mcm ni lah yg buat orang bawak cerita tak best pasal korang.. hampa paham tidak the power of WORD OF MOUTH.. hechiuuu GH melaka.. GH melaka sahaja yaa.. so far..


Friday, October 5

Apek bakal berkahwin dengan Luni

Ok, all this while, bila orang cakap APEK akan umumkan tarikh perkahwinannya dengan model bernama Luni, hanya APEK SENARIO yang termampu otak aku fikirkan.

Punyalah duk berselirat otak aku fikir kenapa orang frust sangat dengan APEK (sambil membayangkan apek senario, ok) dan glemer jugak APEK  (dan masih membayangkan apek senario, ok) ni..

Rupanya, baru harini aku tau, APEK yg digembang2kan adalah apek pemain bola sepak rupanya.

Selama hayat ini, hanya 2 insan yang terlintas diminda kalau sebut APEK:
1. Apek senario
2. Apek yg pakai seluar pendek, jual surat khabar/tilam/barang lama tukar baru

Sekian.