jalan-jalan di taman

Thursday, August 22

syria..

kalaulah boleh didakap anak-anak kecil di syria sana.. jgn takut sayang-sayang.. Allah ada.. syurga tempat kalian.. di sana lebih aman.. tak ada peluru.. tak ada kesedihan.. tak ada ketakutan.. peluk kuat-kuat.. peluk erat-erat..

the only way to comfort myself daripada kesedihan apa yang terjadi pada anak-anak kecil di syria adalah dengan ingat:
1. Allah ada..
2. Allah panggil kalian semua.. jadi kupu-kupu syurga..
3. lebih baik kalian di sana, daripada di bumi yang banyak dosa..

ya Allah, yang maha Esa.. Kau lindungilah anak-anak di syria sana.. andai takdirMu mereka Kau jemput dahulu, janganlah dibiar musuh-musuh Islam menyiksa mereka.. merayuuu pada Mu ya Allah, agar mereka anak-anak syria, bakal ahli-ahli syurga Mu ini tidak merasa tersiksa derita yang lama sebelum menutup mata.. buat selamanya..

sayang-sayang semua, jangan takut.. jangan gentar.. kita ada Allah.. kita ada Rasulullah.. senyum sayang.. senyumm sayang.. semoga kita semua berjumpa di tempat yang sama di sana.. insyaAllah.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbarrr..

Tuesday, May 7

selamatkan kita.. selamatkah kita..

lepas semua general election dah habis, masih ada baki-baki syarahan nak diperdebatkan. A tuduh B, B tuduh A.. mulalah tiba-tiba terus jadi pakar ekonomi, terus jadi pakar politik, pakar matematik, pakar seni lukis.

entah mana figures diceduk, tiba-tiba ada statistic juta itu juta ini.. cuba kalau betul fakta tersebut, mari kongsi bersama link atau sumber untuk jadi sebahagian citationnya.

boleh nak bergenang air mata bila tgk perpecahan sesama. lebih pedih hati bila tgk kita satu malaysia dah tak bersatu.. betul.. macam-macam corruption ada.. baik sebelah sini.. baik sebelah sana.. tapi kenapa ada yang sampai menokok tambah dan terlupa asas agama?

ada yang jawab, "habis, diorg mula dulu..dasar extremist.." dah tu yang kita pun nak jadi macam dia kenapa?

kalau sorang laung "takbir!!", rasa-rasa semua saudara kita akan sahut "Allahuakbar" tak? semua = semua.. tak kira apa juga fahaman politik anda. kita semua satu saudara.

kalau pasang lagu negaraku, rasa-rasa kita semua sama-sama hayati dan nyanyikan lagu negaraku tak? semua = semua.. tak kira apa juga fahaman politik anda. kita semua satu malaysia.

kalau berselisih bahu di mana-mana, rasa-rasa semua kita masih akan saling bertukar senyuman tak? semua = semua.. tak kira apa juga fahaman politik anda. kita semua satu warganegara.

kalau nak masuk 7e, masuk bank, masuk lif, rasa-rasa masih ada orang lain yang tolong tahankan pintu tak? semua = semua.. tak kira apa juga fahaman politik anda. kita semua kan keluarga.. kita semua kan sahabat..


wahai malaysia.. silalah aman sentosa. semua keluarga yang saya sayang di sini belaka..

Friday, April 26

ya! bertabah!

sakit gigi + tight schedule + almost-never-end-to-do list + breastpump patah. mmg terbaik. bertabahlah!

Thursday, April 25

invisible ink

tulis.. padam.. tulis.. padam.. tulis.. edit.. padam..

kadang-kadang, sesetengah perkara lebih melegakan bila kita dah karang panjang-panjang.. luah segala macam.. umpama bercakap dengan seseorang.. dan bila dah sampai ke noktah terakhir, kita padam semua sekali..

tarik nafas panjang-panjang.. sambil istighfar.. lepas.. tarik nafas panjang-panjang lagi.. sambil istighfar.. dan lepas..

lebih mudah terasa lega begitu..

Tuesday, April 9

pomegranate










haritu i went to bodyshop and bought this pomegranate fragrant oil..
bau dia hmmmffff.. sangat sweet.. sangat recommended.
lagi satu aku aloe & softlinen oil.. yg ni pun manis2 lembut bau dia. tenang buat kerja. RM21.90 sahaja.. orang lain bakar, aku p siram renjis-renjis dipilis atas bunga hiasan.. haaa.. kembang kuncop bau..

Sunday, April 7

sampai masa, pangkah

macam-macam sms yang aku dapat berkaitan pengundian dan yang paling sadis sekali adalah yang duk cerita buruk parti orang. yang bestnya tu semua parti duk spam sms kat aku. 

ni nok kabo sikit deh:
1. xpayah susah2 cerita itu ini. internet ada. blog ada. Facebook ada. wiki ada. berita tv pun ada bg sapa yang nak info tp tak dak internet access. siapa nak percaya siapa itu hak individu.

. kemon.. setiap msg hampa, duk asyik cerita buruk orang. cuba kempen bersih sikit. mcm budak-budak darjah 3 kenanga duk gaduh-gaduh perang mulut ni. kemonnn.. semak kau tau? semak..

. it's my phone.

. sampai masa ku pangkah jua insyaAllah. aku nak pangkah siapa, aku study buat pemerhatian sendiri. aku cari info sendiri. aku baca apa yg aku nak baca. period.

Saturday, March 30

5 tahun tadi

while waiting for my friend yang sedang gigih beratur untuk bayar roti kami, aku terdengar bualan dua strangers sebelah aku. banyak yang dibualkan. macam2 pandangan yang dikisahkan. cuma dialog yang terkesan di hati adalah yamg berikut:
stranger A: ni jalan-jalan melaka dengan mak nya saja ke?
stranger B: ha ah.. saya anak tunggal.. ayah meninggal baru 5 tahun lepas.
stranger A: oooo dah lamaa dah meninggal ya..

aku terdiam.. pejam mata. tarik nafas. rindu arwah ki. rindu arwah ilyas. rindu arwah zuber. ku sedekahkan al fatihah banyak2 pada mereka yang aku sayang..
menghadapi pemergian org yg kita sayang.. yang kita rapat.. never be that easy.. 
1 tahun terasa seolah 1 kedip mata td dia pergi..

2 tahun terasakan mcm 2 jam td dia masih ada lagi..

3 tahun dirasakan seperti baru 3 hari dia diingati..

4 tahun rasanya masih lagi kita tersilap membilang jumlah keluarga termasuk dia yang sudah pergi..

5 tahun.. dia masih datang-datang dalam mimpi..

walau bertahun-tahun dikira lagi selepas tahun ini..
pemergian dia masih kuat dirindui..