jalan-jalan di taman

Tuesday, May 7

selamatkan kita.. selamatkah kita..

lepas semua general election dah habis, masih ada baki-baki syarahan nak diperdebatkan. A tuduh B, B tuduh A.. mulalah tiba-tiba terus jadi pakar ekonomi, terus jadi pakar politik, pakar matematik, pakar seni lukis.

entah mana figures diceduk, tiba-tiba ada statistic juta itu juta ini.. cuba kalau betul fakta tersebut, mari kongsi bersama link atau sumber untuk jadi sebahagian citationnya.

boleh nak bergenang air mata bila tgk perpecahan sesama. lebih pedih hati bila tgk kita satu malaysia dah tak bersatu.. betul.. macam-macam corruption ada.. baik sebelah sini.. baik sebelah sana.. tapi kenapa ada yang sampai menokok tambah dan terlupa asas agama?

ada yang jawab, "habis, diorg mula dulu..dasar extremist.." dah tu yang kita pun nak jadi macam dia kenapa?

kalau sorang laung "takbir!!", rasa-rasa semua saudara kita akan sahut "Allahuakbar" tak? semua = semua.. tak kira apa juga fahaman politik anda. kita semua satu saudara.

kalau pasang lagu negaraku, rasa-rasa kita semua sama-sama hayati dan nyanyikan lagu negaraku tak? semua = semua.. tak kira apa juga fahaman politik anda. kita semua satu malaysia.

kalau berselisih bahu di mana-mana, rasa-rasa semua kita masih akan saling bertukar senyuman tak? semua = semua.. tak kira apa juga fahaman politik anda. kita semua satu warganegara.

kalau nak masuk 7e, masuk bank, masuk lif, rasa-rasa masih ada orang lain yang tolong tahankan pintu tak? semua = semua.. tak kira apa juga fahaman politik anda. kita semua kan keluarga.. kita semua kan sahabat..


wahai malaysia.. silalah aman sentosa. semua keluarga yang saya sayang di sini belaka..